I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAWAT SYIFA'



"Ya Allah, berikanlah rahmat keatas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W yang dengan berkat Baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat Baginda."

Syifaa ertinya penyembuh. Selawat ini jika diamalkan secara tetap setiap hari boleh menjadikan badan tetap sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari segala jenis penyakit dengan izin Allah dan diterangkan hatinya. Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembahyang fardhu menurut kemampuan seseorang dengan bilangan yang tetap.

Fadhilatnya:-

1. Barangsiapa membaca selawat ini 3 kali setiap selepas sembahyang lima waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.
2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air dan diminum, insya Allah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.