"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika Engkau mentakdrikan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."
Penghulucard
SELAWAT SYIFA'
"Ya Allah, berikanlah rahmat keatas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W yang dengan berkat Baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat Baginda."
Syifaa ertinya penyembuh. Selawat ini jika diamalkan secara tetap setiap hari boleh menjadikan badan tetap sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari segala jenis penyakit dengan izin Allah dan diterangkan hatinya. Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembahyang fardhu menurut kemampuan seseorang dengan bilangan yang tetap.
Fadhilatnya:-
1. Barangsiapa membaca selawat ini 3 kali setiap selepas sembahyang lima waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.
2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air dan diminum, insya Allah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.

SELAWAT TAFRIJIYYAH
"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul , terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga Ya Allah , keatas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu."
PENGENALAN:
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
KELEBIHAN SURAH YASSIN
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .

Subscribe to:
Posts (Atom)